Pemain sepak takraw Pulau Pinang, Mohd Faisal Mohd Fuad, berpeluang meneruskan legasi tekong negara, Mohd Syahir Rosdi, apabila terpilih ke Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019 di Semarang, Indonesia, bermula 18 Julai ini.
Tekong berusia 18 tahun itu merupakan lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian, Pulau Pinang, yang pernah menggilap bakat Syahir.
Dia antara 12 pemain yang terpilih untuk mengibarkan cabaran negara di pentas ASG 2019 dengan sasaran memburu satu daripada tiga pingat emas yang ditawarkan.
"Saya turut tumpang sedih apabila Syahir digugurkan dalam kem kebangsaan.
"Ini kerana dia merupakan tekong nombor satu dunia tetapi kini tidak lagi memperkuatkan negara.
"Insya-Allah saya akan meneruskan perjuangannya," kata Faisal.
Sementara itu, jurulatih negara, Mohd Futra Abd Ghani, memiliki keyakinan untuk membawa pulang kejayaan dengan berkata: "Saya tetap yakin bahawa skuad negara mampu menamatkan dominasi Thailand mahupun tuan rumah, Indonesia.
"Barisan negara mampu memberikan saingan getir, terutama di peringkat kumpulan.
"Saya yakin kami boleh melakukan sesuatu dan Insya-Allah kami boleh memenangi emas."