Skip to main content

Sukan Lain

ASG: Prestasi atlet SSM undang persoalan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

silat-asg.jpg
Kualiti atlet daripada Sekolah Sukan Malaysia (SSM) menjadi persoalan apabila hanya tiga jenis sukan menjadi penyumbang pingat emas dalam Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) di Semarang, Indonesia baru-baru ini.

Kontinjen negara gagal mencapai sasaran utama 24 pingat emas.

Hanya renang, olahraga dan ping pong menyumbang keseluruhan 18 pingat emas yang diraih negara.

Ia mengundang persoalan mengenai prestasi atlet enam sukan lain, terutama yang menuntut di SSM di seluruh negara.

Contohnya, sepak takraw.

Pada usia B-18, Malaysia sudah gagal menyaingi Thailand, yang meraih emas acara berpasukan dan regu sementara Indonesia menjuarai acara beregu.

Adakah kita sudah dapat meramalkan apa yang akan berlaku apabila atlet ini membarisi pasukan senior?

Begitu juga dengan sukan subjektif seperti silat.

Sampai bila atlet negara perlu menangisi keputusan berat sebelah juri tuan rumah ketika Thailand mampu mencuri tiga emas? Dan baki tujuh emas milik Indonesia.

"Walaupun secara keseluruhan keputusan juri tidak memihak Malaysia, saya terimalah kegagalan ini dan menganggap keputusan itu wajar untuk diperbaiki pada masa akan datang," kata ketua jurulatih skuad silat ASG, Shahrul Fahmi Abu Bakar.

"Atlet kita sebenarnya ada yang meningkat daripada segi catatan masa seperti yang disasarkan tetapi ada negara lain yang lebih baik daripada mereka.

"Kami memiliki atlet-atlet muda yang kini berada di tingkatan 4 dan 5, jadi mereka boleh menyertai ASG lagi tahun depan," tambah ketua jurulatih skuad olahraga, Mohd Poad Kassim, pula.

Advertisement

Must Watch Video