Timbalan chef-de-mission (CDM), Razuki Rahim, optimis kontinjen negara mampu mempertahankan gelaran juara keseluruhan dalam Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) di Semarang, Indonesia, 17 hingga 25 Julai ini.
Dalam edisi tahun lalu, kontinjen negara muncul juara keseluruhan menerusi pungutan 37 pingat emas, 34 perak dan 32 gangsa sambil diikuti rapat Indonesia di kedudukan kedua dengan 31 emas, 36 perak dan 30 gangsa.
Walaupun edisi kali ini bakal memberi kelebihan buat Indonesia sebagai tuan rumah, beliau yakin persiapan atlet-atlet yang mewakili negara ke temasya tersebut mampu mencapai sasaran, iaitu 34 pingat emas.
"Tuan rumah pasti akan buat yang terbaik untuk meraih kejuaraan.
"Kami perlu memantapkan pasukan dan kami mestilah mempunyai kekuatan untuk teruskan kecemerlangan," katanya.
Tambah Rasuki, pembawa bendera kontinjen negara ke ASG akan diberikan kepada atlet berpengalaman supaya mampu membimbing atlet-atlet yang baru.
"Pelari pecut 100m lelaki dari Johor, Mohd Arshad Mohd Saad, terpilih sebagai pembawa bendera negara.
"Dia masih belajar di Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dan pernah menyertai ASG selain merupakan atlet olahraga paling senior," katanya.
Edisi ke-11 ASG yang disertai 10 negara rantau ini menyajikan 117 acara daripada keseluruhan sembilan jenis sukan.