Perenang negara, Khiew Hoe Yean, wajar dipanggil wira saingan Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019 setelah meraih pingat emas paling banyak buat kontinjen Malaysia.
Sebelum ini, atlet berusia 17 tahun itu menjadi atlet paling sibuk di pentas ASG apabila menyertai tujuh acara.
Bagaimanapun, dia tidak resah dengan tanggungjawab yang disandarkan dan berjaya menjadi lubuk emas buat kontinjen negara dalam kesemua tujuh acara yang disertai.
Kejayaan terbaru atlet muda itu adalah memungut emas ketujuhnya melalui acara 100 meter kuak lentang dengan catatan masa 58.16s.
“Saya rasa bagus dan gembira. Sebenarnya, tiada istilah wira kerana saya percaya semua atlet boleh melakukannya. Jika anda cuba, memiliki kekuatan mental, anda boleh,” katanya.
Setakat ini, pasukan renang ASG kebangsaan telah memungut emas paling banyak berbanding sukan-sukan lain yang dipertandingkan tatkala kem Malaysia sudah mengutip15 emas, 13 perak dan 11 gangsa.