"Kerja keras dan disiplin", itu prinsip perenang negara, Khiew Hoe Yean, selepas meraih pingat emas keempat buat dirinya dalam Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG), sebentar tadi.
Atlet berusia 17 tahun itu meraih emas ketiga buat pasukan renang melalui acara 400 meter rampaian dengan catatan masa 4 minit 31.33 saat dan emas keempat buat dirinya dalam acara 200m gaya bebas.
Menyertai tujuh acara dan meraih empat pingat emas, Hoe Yean berkata tiada rahsia bagi kejayaannya dan semua bergantung kepada kerja keras dan disiplin ketika menjalani latihan.
"Tiada rahsia, hanya kerja keras dan kejayaan itu dapat dihasilkan dalam ASG kali ini," katanya.
Pasukan renang negara terus beraksi cemerlang apabila Bryan Leong juga meraih emas acara 100m kuak kupu-kupu dengan catatan masa 55.65s.
"Saya sangat gembira dengan pingat emas ini. Ia merupakan perlumbaan yang sengit dan saya sangat berpuas hati kerana meraih kejayaan untuk Malaysia," katanya.