Aiqhal Muhammad Rosmaini bangkit selepas menjadi mangsa buli ketika di sekolah apabila muncul pesilat pertama negara layak ke final kelas Putera D bawah 55 kilogram setelah menewaskan wakil Filipina 5-0 dalam separuh akhir Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2019.
Aiqhal melangkah ke gelanggang untuk membuktikan dia bukan lagi mangsa buli.
Pesilat berusia 17 tahun ini tangkas menyerang, terutama menerusi tendangan sisi ke atas Roy Camacho Junior dalam aksi separuh akhir hari ini.
Atlet kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu bijak bertahan sebelum melakukan jatuhan untuk mengesahkan kemenangan, 5-0 bagi layak ke final.
"Saya belajar silat untuk diri sendiri. Saya sering dibuli sebelum ini dan tidak sangka mencapai ke tahap ini," katanya.
Aiqhal, yang bakal berdepan wakil Thailand dalam final, merupakan harapan skuad silat negara yang bergelut mencapai sasaran tiga emas.
"Saya mahu membawa pulang pingat emas bagi mengharumkan nama negara dan keluarga."