Skip to main content

Permotoran

ARRC: Kemunculan sulung Ibrahim berakhir di podium

ibrahim-norrodin-arrc.jpg
Penampilan sulung Ibrahim Norrodin yang merupakan adik kepada penunggang negara, Adam, di pentas Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 cukup manis apabila meraih podium dalam kategori Supersports 600c di The Bend Motorsport Park, Australia, hari ini. 

Ibrahim tampil di Australia untuk menggantikan tempat abangnya itu dalam pasukan SIC Junior ZK Racing Team dan mempamerkan tunggangan yang tidak menghampakan apabila memulakan saingan di petak pertama.

Nmun, Ibrahim bergelut ketika cuba disaingi pendahulu kejuaraan, Peerapong Boonlert, yang memintasnya untuk memenangi perlumbaan tersebut menerusi catatan 19:36.91 saat

Penunggang berusia 19 tahun negara itu kemudian turut melepaskan posisi kedua kepada wakil Indonesia, Andi Farid Azdihar, untuk akur mengakhiri perlumbaan di tempat ketiga menerusi catatan 19:38.671s.

Ahmad Afif Amran mencatat rekod terbaik peribadinya di dengan meraih kedudukan keempat, 4.327s di belakang Ibrahim.

Azroy Hakeem Anuar menyusul di tangga kelima manakala Helmi Azman,  yang masih dibelenggu kecederaan pergelangan kaki, di tempat keenam.

Dalam kelas ASB1000cc, penunggang negara, Zaqhwan Zaidi, sekali lagi terlepas podium apabila terpaksa akur dengan kedudukan keempat. 

Azlan Shah Kamaruzaman pula sekadar di tangga kelima dalam saingan yang menyaksikan kedudukan 1-2 digondol penunggang tuan rumah. 

Broc Parkes muncul juara dengan catatan 22:54.902s, disusuli Bryan Staring manakala Yuki Ito melengkapkan podium. 

Advertisement

Must Watch Video