Skip to main content

Permotoran

ARRC: Hafizh Syahrin percaya mampu capai keputusan positif

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hafizh.jpg
Pelumba JDT Racing, Hafizh Syahrin Abdullah, percaya dia mampu mencapai keputusan positif di perlumbaan pusingan ketiga saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2025 yang bakal berlangsung di Litar Motegi, Jepun dari 11 hingga 13 Julai depan.

Pelumba yang dikenali dengan gelaran El Pescao itu berharap momentum meraih dua kedudukan podium di pusingan kedua Litar Sepang awal bulan lalu mampu diteruskan lagi di litar kegemarannya itu.

Hafizh turut mengakui dia dan pasukan sentiasa mencuba untuk memperbaiki aspek teknikal dari satu perlumbaan ke satu perlumbaan demi memastikan JDT Racing Team mampu mencapai prestasi konsisten sepanjang musim 2025.

Advertisement

Must Watch Video