Azroy Hakeem Anuar muncul pelumba paling cemerlang Malaysia dalam perlumbaan pertama pusingan kedua Kejuaraan Permotoran Asia (ARRC) 2019 di Australia yang menyaksikannya muncul sebagai wakil tunggal negara yang menaiki podium menerusi kategori Supersports 600cc.
Saingan Supersports 600cc itu menyaksikan pelumba Thailand, Peerapong Boonlert, memulakan aksi dengan agresif untuk memintas Ibrahim Norrodin yang memulakan perlumbaan di petak pertama manakala Azroy di samping rakan sepasukan, Helmi Azman, dan pelumba kelahiran Sepanyol, Javier Orellana, mengikuti rapat di belakang.
Malang buat Helmi apabila mengalami kemalangan selepas enam pusingan dan mujur dia tidak mengalami kecederaan serius dan mampu meneruskan saingan.
Azroy pula yang mewakili Musashi Boon Siew Honda Racing Team cuba memimpin di depan dalam dua pusingan terakhir dengan memintas Ibrahim tetapi dia tidak mampu mengekang Orellana daripada meraih tempat kedua.
Peerapong muncul pemenang dengan catatan 3.913 saat di depan Orellana manakala Azroy melengkapkan podium dengan catatan 19:43.926s.
Dalam saingan Kelas Premier ASB 1000CC, penunggang negara, Zaqhwan Zaidi serta Azlan Shah Kamaruzaman, terpaksa akur terlepas podium apabila sekadar menamatkan saingan di tempat keempat serta kelima sambil Bryan Staring disusuli Broc Parkes serta Yuki Ito lebih unggul melintasi garisan penamat terlebih dahulu.
Sementara itu, kelas 250cc menyaksikan dua penunggang jentera Kawasaki, Andy Muhammad Fadly dan Aiki Iyoshi, mencuri perhatian manakala Muklada Sarapuech melengkapkan saingan tersebut di tempat ketiga dengan penunggang Malaysia, Muzakkir Mohamed, meraih tempat kelapan.