Pelumba One XOX TKKR SAG, Azlan Shah Kamaruzaman, mahu menawan Litar Zhuhai, China untuk melakar kejuaraan hatrik dalam kategori Asian Superbike (ASB) 1000, Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC), bulan depan.
Pelumba negara itu menjuarai perlumbaan pusingan pertama di Litar Antarabangsa Sepang dan perlumbaan kedua di Litar Buriram, Thailand walaupun kategori ASB 1000 baru diperkenalkan musim ini.
Dalam perlumbaan di Litar Suzuka, Jepun minggu lalu, bekas pelumba Moto2 negara itu sekadar menamatkan saingan di tempat ketiga.
Dia kini mempunyai tempoh sebulan untuk membuat persiapan bagi menghadapi perlumbaan di China itu memadangkan kali terakhir dia beraksi di litar berkenaan ialah pada 10 tahun lalu.
"Litar tu saya minat juga sebab dah selalu pergi ketika beraksi dengan pasukan Honda dan Yamaha.
"Litar tu bukanlah saya tak kenal, cuma dah lama tak pergi.
"Saya rasa ia tidak menjadi masalah kerana saya pernah berlumba dan menaiki podium di situ.
"Insya-Allah, saya dapat mengulangi pencapaian seperti dahulu," katanya.
Azlan Shah mengumpulkan 97 mata keseluruhan daripada tiga pusingan dan hanya dibezakan lapan mata dengan pendahulu keseluruhan, Broc Parkes dari pasukan Yamaha Racing Team ASEAN.
"Saya masih positif kerana baki perlumbaan (berlangsung) di litar yang saya kenal dan sudah biasa.
"Jadi, saya tidak berasa tekanan dan tergugat.
"Saya yakin saya mampu merapatkan kedudukan dengan Broc Parkes," tambahnya.