Mohd Arif Mohd Khalil dari Johor muncul juara edisi pertama Cabaran Orang Kuat Gunung Kinabalu di Ranau, Sabah, baru-baru ini.
Arif dinobat juara selepas mengumpulkan 91 mata dengan menjuarai enam daripada lapan acara yang dipertandingkan bagi kategori bawah 95 kilogram.
Dia memenangi acara 'vehicle pull', 'farmer's walk', 'tyre flip', 'car deadlift', 'yoke walk' dan 'hercules bearhug', selain munduduki tempat ketiga dalam acara 'atlas stone' dan keempat acara 'hercules hold'.
Saingan sengit dihadirkan peserta dari Selangor, Datuk Ahmad Zaki Jinlapudin (Zaki Khan), yang terpaksa akur menamatkan saingan di tempat kedua dengan 88 mata.
Peserta tempatan Sabah, Coleman Octovo Maurice, menyertai senarai tiga pemenang utama selepas mengutip 80 mata.
Lima tempat berikutnya turut diisi peserta dari Sabah, iaitu George Jailis (Tambunan - 57 mata), Rahman Roslan (Tambunan - 53.5 mata), Hilary Bruno (Tambunan - 39.5 mata), Edward Junior (Penampang - 39 mata) dan Anthony Fan (Tambunan - 33 mata).
Pertandingan itu merupakan sebahagian pengisian Pesta Kaamatan peringkat Daerah Ranau di Dewan Masyarakat Ranau.