Skip to main content

Bola Keranjang

Arena bola keranjang dikejutkan berita sedih

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

topic.jpg
Seminggu lalu, peminat bola keranjang dikejutkan dengan berita di mana pemain Oklahoma City Thunder, Nikola Topic, telah didapati menghidapi dengan penyakit barah (kanser) testis.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pengurus besar pasukan, Sam Presti.

Perkembangan terbaru pemain itu, Topic kini sedang melalui proses kemoterapi sebagai salah satu proses untuk pemulihan dan dalam keadaan positif mampu pulih daripada penyakit itu.

Walapun berdepan masalah kesihatan serius, tetapi kanser testis merupakan salah satu kanser yang boleh dirawat.

Buktinya, ada beberapa atlet yang berjaya pulih dan kembali aktif bersaing di peringkat tertinggi. Antaranya, atlet itu ialah Hilario Nene, seorang pemain NBA yang berjaya pulih daripada penyakit itu pada 2008, dan kemudiannya aktif untuk 11 musim selepas itu.

Kalau sukan lain, siapa tidak kenal Sebastian Haller, pada tahun 2022 dia didapati mengidap penyakit itu dan selepas melalui dua pembedahan dan kemoterapi, dia kembali bermain untuk negaranya, Ivory Coast, malah menjaringkan gol kemenangan untuk muncul juara Piala Negara-Negara Eropah pada 2023.

Sebenarnya, ada ramai figura sukan yang berjaya bangkit daripada musibah penyakit seperti ini, dengan semangat tidak putus asa adalah senjatanya.

Advertisement

Must Watch Video