"Kami bukan hadir untuk sekadar mengambil bahagian, kami datang untuk menang."
Demikian hasrat yang diluahkan jurulatih skuad ragbi 15 sepasukan negara, Bradley Moni Mika, yang memiliki keyakinan bahawa gandingan pemain berpengalaman dan muda tahun ini mampu menawarkan kejutan dalam kempen Kejohanan Ragbi Asia (ARC) 2019 apabila mereka turun menentang Korea Selatan di Stadium Namdong Asiad, Incheon, Sabtu ini.
Skuad negara menjalani sesi latihan intensif selama satu setengah bulan tangga kedan berjaya memberi kejutan awal apabila mengalahkan Sri Lanka dalam aksi pemanas badan, awal bulan ini, sehingga melonjakkan ranking skuad negara ke-45 dunia.
Mika juga berkata kehadiran ketua pasukan, Dineshwaran Krishnan, dalam saingan tahun ini turut mencetuskan impak besar berbanding tahun lalu selepas dia terpaksa diketepikan akibat kecederaan.
"Ia satu bonus buat kami apabila mempunyai pemain seperti Dugro (Dineshwaran).
"Dengan pengalaman dan tahap profesional yang dimilikinya, ia boleh mempengaruhi pemain muda dan ia boleh disaksikan sejak kami mula berkumpul tujuh minggu lalu.
"Dia telah membuktikan kemampuan bersama kami.," kata Mika.
Bagaimanapun, bukan segala perancangan berjalan lancar apabila pemain kelahiran Sabah, Nathaneal Tan Aik Ming, tidak dapat menyertai misi skuad Bunga Raya di Incheon disebabkan kecederaan buku lali ketika latihan.
Skuad negara berlepas ke Incheon hari ini untuk perlawanan pertama dan akan menentang Hong Kong, 15 Jun depan, disusuli dua perlawanan timbal balik di Stadium Nasional, Bukit Jalil.