Ketua jurulatih skuad ragbi negara, Brad Mika, optimis anak buahnya berpeluang untuk melakar kemenangan ke atas Korea Selatan dalam Kejohanan Ragbi Asia (ARC) di Incheon, Sabtu ini, meskipun berdepan kesukaran dalam merangka program latihan.
Skuad negara, yang berada di ranking ke-45 dunia, terpaksa bertukar-tukar padang untuk melengkapkan latihan menjelang ARC.
Bagi Mika, kesulitan itu tidak akan menghalang barisan pemainnya untuk mempamerkan aksi terbaik bagi menangani Korea Selatan.
Senarai 23 pemain untuk kejohanan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat dan Mika menyandarkan harapan kepada tonggak berpengalaman, K. Dineshwaran, yang terlepas saingan edisi lalu gara-gara kecederaan.
Mika turut menekankan aspek kerjasama erat sepasukan sebagai azimat dalam edisi kali ini.
"Sebagai jurulatih, saya yakin untuk melakukannya, namun seorang pemain tidak akan menjadi satu pasukan, seorang jurulatih bukanlah satu pasukan.
"Secara kolektifnya, jika setiap pemain menjalankan tugas mereka, saya pasti kami dapat melakukannya walaupun tanpa pemain bintang di dalam pasukan.
"Semua pemain sama sahaja," katanya.
Dalam edisi tahun lalu, Malaysia tewas kepada Korea Selatan 10-35 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, namun Mika mengharapkan skuad kendaliannya mampu menebus kekalahan itu.
"Semua jurulatih pasti mengharapkan kemenangan.
"Saya juga tidak terkecuali.
"Kami akan turun ke sana untuk mengecilkan jurang dengan Korea Selatan.
"Begitu juga dengan Hong Kong.
"Kami akan berusaha untuk melakukannya," tambahnya.