Skip to main content

Sukan Lain

ARC: KRM tetap yakin sentuhan Mika

ragbi-malaysia.jpg
Presiden Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM), Datuk Shahrul Zaman Yahya, tetap mempertahankan pengendali skuad kebangsaan, Bradley Moni Mika, meskipun barisan negara tumpas 14-52 kepada Korea Selatan dalam aksi Kejohanan Ragbi Asia (ARC), Sabtu lalu.

Aksi pertama Malaysia menyaksikan skuad Bunga Raya itu seperti mengulangi kekalahan tahun lalu apabila tewas kepada Korea Selatan 14-52 walaupun saingan tahun ini mendapat sentuhan Mika sebagai jurulatih skuad kebangsaan.

Namun, Shahrul Zaman menegaskan kekalahan itu tidak melambangkan keupayaan sebenar skuad ragbi negara dan Mika berjaya meningkatkan prestasi permainan skuad Bunga Raya.

"Kami mempunyai kepercayaan teguh mengenai pelantikan Mika dan perbezaan yang dibawanya dalam corak permainan Malaysia amat ketara. 

"Ini dibuktikan ketika Malaysia berdepan Korea Selatan kerana kami tidak perlu beraksi secara bertahan sepanjang masa," kata Shahrul Zaman.

Skuad negara turut diperkuatkan dengan beberapa pemain yang terlepas kempen 2018, termasuk ketua pasukan, K Dineshwaran, Marc Lee dan beberapa pemain baru yang mewakili skuad ragbi kebangsaan buat kali pertama dalam Kejohanan ARC tahun ini.

Dalam masa sama, Mika optimis perlawanan di laman sendiri menentang Korea Selatan, Sabtu ini, mampu memihak skuad negara. 

"Kami tahu apa yang perlu dilakukan ketika bermain di depan penyokong sendiri," katanya. 

Advertisement

Must Watch Video