Ketua pasukan skuad ragbi negara, K. Dineshwaran, mahu rakan sepasukannya fokus selepas kembali daripada cuti perayaan Aidilfitri menjelang perlawanan menentang Hong Kong dalam Kejohanan Ragbi Asia (ARC), Sabtu depan.
Dineshwaran atau disapa Dugro pernah mengalami kecederaan patah tulang tangan kanan ketika beraksi bersama pasukan Yamaha Jubilo menentang Panasonic Wild Knights pada 2017.
Ketika ini, Dugro yang kembali beraksi mengakui tekanan memikul tanggungjawab besar untuk mengetuai skuad Bunga Raya dalam cabaran ARC tahun ini.
Bagaimanapun, dia percaya dengan pengalaman dan persiapan rapi yang dijalani sejak enam minggu lalu dan pasukan negara sekurang-kurangnya mampu memberi tentangan sengit dalam kempen kali ini.
"Kami cuba mengembalikan semangat dalam pasukan selepas tumpas kepada Korea.
"Kami mahu meraih kemenangan ke atas Hong Kong dan setiap perlawanan dianggap sebagai perlawanan akhir.
"Buat masa ini, kami baru sahaja kembali daripada cuti Hari Raya Aidilfitri dan pemain mula berkumpul semula.
"Saya tidak sabar-sabar lagi untuk menjalani persiapan," katanya.
Sementara itu, ketua jurulatih skuad kebangsaan, Bradley Moni Mika, menyandarkan harapan kepada pemain berpengalaman luas itu dalam mewujudkan keserasian antara pasukan.
"Dia sudah lama bersama pasukan kebangsaan dan ketika ini merupakan tonggak paling berpengalaman dalam pasukan.
"Dia menyuntik pengalaman dalam pasukan, dia amat dihormati rakan sepasukan dan sebab itulah dia memainkan peranan utama," katanya.