Skip to main content

Sukan Lain

ARC 2019: Misi Bradley kekal dalam divisyen perdana

bradley.jpg
Pengendali skuad ragbi 15s negara, Bradley Moni Mika, memiliki misi mahu mengekalkan Malaysia dalam Divisyen Perdana, Kejohanan Ragbi Asia (ARC) musim depan.

Bradley perlu mempertahankan kedudukan Malaysia ketika ini yang berada di ranking keempat terbaik Asia jika tidak mahu turun ke divisyen 1 dalam edisi seterusnya.

Bagaimanapun, berbaki lima minggu menjelang ARC 2019, Bradley mengakui dia kesuntukan masa untuk mempersiapkan skuad kendaliannya sebelum berhadapan Korea Selatan yang berada di ranking ketiga Asia dalam perlawanan pertama.

Skuad ragbi 15s negara bakal menghadapi dua aksi pemanas badan menentang Sri Lanka dan Singapura sebagai landasan untuk menguji barisan pemain, sekali gus memilih senarai 25 pemain terbaik daripada 35 yang menyertai kem latihan tahun ini.

"Kami mahu melakukan yang terbaik. Kami mahu memenangi perlawanan, setiap perancangan yang telah ditetapkan diharapkan dapat membuahkan hasil," kata Bradley.

Bekas pemain ragbi New Zealand itu bakal mempertaruhkan lima pemain naturalisasi dari Fiji selain memberi kepercayaan kepada muka-muka baru bagi mempertahankan kedudukan Malaysia dalam Divisyen Perdana.

"Terdapat beberapa pemain yang dikekalkan sejak tahun lalu. Pengalaman yang dimiliki mereka akan digunakan untuk membantu barisan baru negara."

Advertisement

Must Watch Video