Badang negara, Mohamad Aniq Kasdan, mahu mengeksploitasi kelebihan berada di kemuncak prestasi ketika ini apabila sedia mengulangi pencapaian rekod peribadi yang dilakukan di Kejohanan Asia, Jianju, Korea Selatan yang lalu.
Aniq berjaya memperbaharui rekod peribadinya dengan mengangkat bebanan 122 kilogram snatch -- 162 kilogram clean and jerk sekaligus mengumpulkan keseluruhan angkatan 284 kilogram.
Pemenang pingat emas Sukan Komanwel 2022 itu mengakui harus mempertingkatkan regim latihan keras apatah lagi kini menghuni kedudukan dunia kelapan menuju Sukan Olimpik Paris.
Sementara itu, Aniq menjadikan tempoh dua minggu sebelum mengharungi Kejohanan IWF Grand Prix Havana di Cuba, sebagai ruang untuk mempertingkatkan teknik angkatan jika mahu mencabar atlet elit dunia.
"Buat masa ini, kami masih berada dalam proses pemulihan selepas pulang dari Korea Selatan.
"Saya menyasarkan angkatan yang lebih baik ketika beraksi di Cuba nanti dan terus meningkatkan naik dalam usaha melayakkan diri ke Sukan Olimpik," kata Aniq.