Jaguh angkat berat negara, Aznil Bidin, semakin hampir untuk menempah tiket ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan apabila meraih satu pingat perak dan dua gangsa kategori 61kg dalam Kejohanan Solidariti Antarabangsa di Uzbekistan kelmarin.
Pemenang pingat emas Sukan Komanwel Gold Coast 2018 itu meraih mata berharga untuk mendaki ranking kelayakan ke Tokyo.
Ketika ini, dia menghuni ranking ke-40 dengan hanya 14 atlet terbaik akan menempah tiket ke temasya terbesar itu.
"Syukur Alhamdulillah, saya mendapatkan mata untuk ke Sukan Olimpik.
"Saya juga mendapatkan satu pingat perak dan dua gangsa.
"Saya akan mencuba dengan lebih baik dalam kejohanan yang akan datang," katanya.
Di Uzbekistan, Aznil melakukan angkatan seberat 128kg dalam acara snatch dan 155kg dalam clean and jerk untuk mengumpulkan berat keseluruhan 283kg.
Atlet Kazakhstan, Son Igor, muncul peserta terbaik dengan meraih tiga pingat emas.
Editor: Muzaffar Musa