Skip to main content

Sukan Lain

Andre, Haiqal bertembung dalam Perak All-Comers

andreanura.jpg
Kejohanan Olahraga Perak All-Comers, 22 Februari ini, bakal menyaksikan pertembungan Andre Anura Anuar dengan Mohd Haiqal Hanafi apabila jaguh lompat jauh itu merancang untuk menyertai acara 100 meter.

Atlet lompat jauh dan lompat kijang negara itu membatalkan perancangan menyertai dua kejohanan di Australia bulan ini.

Ia bermakna Perak All-Comers di Ipoh akan menjadi kejohanan pertamanya tahun ini.

Lebih menarik, atlet seperti Andre berpeluang menyertai acara lain untuk menguji kemampuan mereka pada awal musim ini.

"Saya mahu menguji catatan masa dalam 100m dan mengharapkan peningkatan. Sekurang-kurangnya bawah 11 saat," katanya.

"Kami memiliki kejohanan yang lebih besar di Australia bagi atlet lompat jauh. Setakat ini, atlet-atlet negara layak untuk ke kejohanan tersebut," kata jurulatih negara, Ahmad Firdaus Salim.

Skuad lompat jauh dan lompat kijang negara pada awalnya merancang menyertai Kejohanan Klasik Sydney dan Canberra bermula minggu depan selepas tidak beraksi dalam dua kejohanan dalam dewan awal tahun ini.



Editor: Ammar Hakim

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found