Skip to main content

Advertisement

Sepak Takraw

Anak Azlan Mubin sudah pamer bakat, mula karier sepak takraw pada usia 14 tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

takrae.jpg
Kejohanan B-15 Sepaktakraw Piala Menteri Besar Negeri Sembilan 2025 melabuhkan tirainya minggu lalu dengan anak bekas pemain sepak takraw kebangsaan iaitu Azlan Mubin mencuri tumpuan.

Anaknya iaitu Aqil Iskandar Azlan membuat penampilan pertama pada usia 14 tahun dan masuk selaku pemain gantian dengan mewakili Sekolah Sukan Malaysia Terengganu (SSMT) dan bertindak selaku perejam. 

Dalam perkongsian Azlan di laman Facebook menjelaskan: "Tahniah SSMT. Pengalaman berharga buat Aqil walaupun masuk sebagai pemain gantian.







"Tetapi ini semua proses. InsyaAllah perjalanan yang masih jauh. Terima kasih jurulatih Faisal Muhamad Muhammad Zulhilmi yang bagi peluang kepada Aqil.' katanya.

Ironinya, pasukan yang diwakili Aqil merangkul gelaran juara dan membawa pulang RM1000.


Advertisement

Must Watch Video