SUKAN LAIN
Amsyar mahu kembali terjun
Bekas penerjun negara, Ahmad Amsyar Azman, merancang untuk membuat penampilan semula bagi melayakkan diri ke Piala Dunia Terjun di Tokyo, April depan -- yang turut menyediakan slot ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan -- selepas lima bulan mengumumkan persaraannya.
Olimpian 2016 itu berlatih di Pusat Akuatik Darul Ehsan, Shah Alam sejak Oktober lalu.
Fizikalnya nampak mantap dan bersedia untuk menggegarkan arena terjun antarabangsa sekiranya mendapat keizinan Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) dan Majlis Sukan Negara (MSN).
Iklan
"Tiba-tiba saya terniat untuk mencapai sesuatu yang saya belum capai, iaitu pingat dalam Sukan Komanwel, Piala Dunia, Kejohanan Dunia dan terutama sekali Sukan Olimpik.
"Kalau sempat dalam Sukan Olimpik Tokyo tahun ini, jika tidak, pada 2024 (di Paris).
"Saya yakin saya boleh, tiada masalah untuk saya menduduki kelompok 18 terbaik dalam acara 3 meter individu.
"Untuk acara berpasangan, saya perlu berada dalam kelompok lapan terbaik untuk layak ke Sukan Olimpik.
"Sebenarnya, saya sudah mula berlatih sejak tahun lalu.
"Saya sudah bersedia daripada segi mental dan fizikal tetapi masih ada sedikit yang perlu diperbaiki," katanya.
Editor: Muzaffar Musa
Must-Watch Video