Penyerang skuad hoki wanita negara, Nur Amirah Shakirah Zulkifli, berharap Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) tidak memanggil pulang pemain di Liga Eropah selepas dia dinobatkan pemain terbaik ketika membantu kelabnya, Bremen HC, menjuarai Kejohanan Empat Penjuru di Amsterdam, Belanda, Ahad lalu.
KHM perlu membuat pertimbangan sewajarnya sebelum memanggil pulang 12 pemain dari Liga Eropah.
Ia sebagai persiapan jika skuad wanita negara mendapat tiket ke playoff kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020 ekoran kemungkinan Afrika Selatan menarik diri daripada temasya itu.
Namun, tindakan itu dikhuatiri menjejaskan hubungan Malaysia dengan kelab di Itali, Jerman dan England kerana terpaksa melepaskan pemain negara.
"Saya tidak sangka kerana dinobat sebagai pemain terbaik kejohanan tersebut. Keputusan untuk kami kekal di Eropah buat masa ini terpulang kepada jurulatih dan KHM," kata Amirah.
Ketika ini, enam pemain sudah berada di Jerman sementara baki enam lagi pemain akan berlepas ke Itali dan England dalam tempoh dua minggu lagi.
Untuk rekod, skuad wanita negara tidak pernah layak ke Sukan Olimpik.