Bintang masa hadapan sukan permotoran negara, Amer Harris Jefry, sedia lakar sejarah dengan pengumuman sasaran peribadinya iaitu gelaran juara keseluruhan Porche Carrera Cup Asia di Litar Antarabangsa Sepang bulan depan.
Meskipun bakal membuat debut di kejohanan elit tersebut, Amer memiliki kelebihan tersendiri apabila beraksi di Sepang berdasarkan pencapaiannya yang lalu.
Pencapaian di pentas antarabansa seperti Sepang 100KM, Toyota Gazoo Malaysia, Formula 4 SEA dan Thailand Super Series menjadi faktor utama penajaan kali ini.
"Pada pusingan ketiga Carera Cup Asia, kami tidak dibenarkan untuk uji litar sebelum perlumbaan.
"Jika hendak dibandingkan dengan perlumbaan di Jepun, kami akan datang tiga hari awal untuk uji litar terlebih dahulu sebelum hari perlumbaan sebenar.
"Sekarang saya hanya berpeluang untuk membuat latihan menggunakan simulator sahaja menjelang perlumbaan itu," kata Amer Harris.