Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS), Datuk Dr. Ramlan Abd Aziz, sudah mengeluarkan surat peringatan pertama kepada Persekutuan Muaythai Malaysia dan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) kerana mengambil masa lama untuk menyelesaikan kes doping atlet mereka.
ADAMAS terpaksa menghantar surat peringatan kepada kedua-dua persatuan berkenaan kerana mereka mengambil masa terlalu lama untuk menyelesaikan masalah ini.
Bagi muay thai, terutamanya, kes doping membabitkan atlet mereka berlaku sebulan sebelum Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dari 19-30 Ogos lalu
Muay thai yang mengesan kes ini sepatutnya boleh menyelesaikannya dengan mewujudkan jawatankuasa untuk mengendalikan kes itu dan tidak perlu sehingga membawanya ke Persekutuan Antarabangsa Muaythai di Bangkok, Thailand.
Sekiranya kes tersebut tiada perkembangan dalam tempoh dua minggu, maka ADAMAS terpaksa mengeluarkan peringatan kedua.
"Ini memberikan sedikit kebimbangan kepada ADAMAS kerana kami sudah memberikan peringatan kepada kedua-dua persatuan supaya mengendalikan kes ini dengan lebih cepat," ujar Dr. Ramlan.
Perlu diingatkan, jika kes ini mengambil masa terlalu lama untuk diselesaikan, ADAMAS boleh membentuk satu jawatankuasa dengan bekerjasama dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Institut Sukan Negara (ISN) atau Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mengambil alihnya, sekali gus mampu mencemarkan reputasi persatuan terbabit.
"Mereka mengakui bahawa mereka masih dalam proses tindakan yang merangkumi pelbagai aspek.
"Kami akan memberikan peringatan selanjutnya dalam masa terdepat supaya kes ini diselesaikan dengan secepat mungkin," katanya.
Ketika ini, terdapat tiga lagi kes doping membabitkan Hafifi Mansor (angkat berat), S. Kumar (hoki) dan Wendy Ng Yan Yee (terjun).
Bagaimanapun, ADAMAS mendakwa kes mereka diuruskan badan sukan antarabangsa, sekaligus mengambil masa lama untuk diselesaikan.