Kejohanan Silat Terbuka Malaysia menjadi medan penting buat pesilat negara, Mohd Al-Jufferi Jamari, dalam menggandakan usaha selepas dibelenggu kecederaan otot sejak Mac lalu.
Meskipun masih menderitai kecederaan, Al-Jufferi mengekalkan tempat dalam skuad kebangsaan selepas memenuhi petunjuk prestasi utama (KPI) ketika beraksi dalam Kejohanan Kebangsaan sebelum ditimpa kecederaan itu.
Atlet kelahiran Pahang itu mengakui perlu kembali mendapatkan momentum kecergasan dan tekniknya untuk memperbaiki prestasi dalam tiga kejohanan akan datang.
Al-Jufferi bakal beraksi dalam Terbuka Malaysia, September depan, disusuli Kejohanan Asia di China (Disember) dan Kejohanan Dunia di Sarawak, tahun depan.
Buat masa ini, perancangan sudah diatur dengan latihan di Thailand, bulan depan, bakal menjadi sebahagian daripada persiapan awal.
"Thailand muncul juara keseluruhan dalam Terbuka Belgium, awal Mei lalu.
"Mereka mempamerkan banyak peningkatan daripada segi teknik dan taktikal, jadi kami perlu kaji.
"Justeru, kami akan ke Thialand dan berlatih bersama-sama mereka," ujarnya.
Walaupun ketinggalan daripada segi persiapan, juara dunia tiga kali kelas Putra E itu menyasarkan untuk layak ke final Terbuka Malaysia dan bakal berdepan cabaran sengit pesilat Indonesia, Vietnam mahupun Thailand.
"Sasaran saya adalah pingat perak tetapi seperti yang kita sedia maklum, apabila sudah layak ke final, kalau menang saya akan meraih emas manakala kalah membawa pulang perak," katanya.