Penembak berpengalaman negara, Alia Sazana Azahari, enggan melihat kejayaan dirinya membidik rekod baru Asia dalam acara 25 meter pistol dalam Kejohanan Menembak Piala Asia Bangkok baru-baru ini sebagai satu kelebihan.
Dia berasakan setiap saingan menyajikan cabaran dan lawan yang bakal turun dengan strategi berbeza sekali gus memaksa dirinya untuk tidak terbuai dengan rekod cemerlang yang dilakarnya sebelum kerana ia jelas mampu menghukum diri sendiri.
Mengulas lanjut, Alia turut meluahkan keterujaannya dalam menantikan kehadiran jurulatih baru daripada Korea Selatan, Park Cheol Wan, yang dijangkakan akan tiba di tanah air pada 27 Mac depan.
"Saya hanya memikirkan mengenai metode, rutin dan tektikal yang saya akan gunakan, saya tidak memikirkan mengenai keputusan jadi saya tidak menjangkakan apa-apa di sana.
"Saya percaya jika saya ada metode yang baik maka keputusan menjadi bagus.
"Walaupun saya memecahkan rekod Asia sebelum ini, ia hanya pencapaian untuk hari itu. Selepas ini adalah cabaran baru, jika saya terus dengan rekod itu maka saya akan leka. Jadi saya perlu bekerja keras." katanya.