Program latihan tersusun daripada jurulatih Korea Selatan, Park Cheolwan dan Kong Hyun-ah memberikan impak besar kepada prestasi penembak berpengalaman negara, Alia Sazana Azahari, menjelang Sukan SEA Thailand, Disember ini.
Alia mengakui selesa dengan pendekatan DNA yang dibawa jurulatih Korea Selatan itu yang menekankan konsep konsistensi dan meneliti apa yang diperlukan untuk mendapat tembakan dalam ratio tepat.
Rejim latihan Alia juga bersandarkan teknik tembakan pasukan China dan Korea Selatan yang berjaya mendapatkan 9 dan 10 mata dalam setiap tembakan mereka.
"Penambahbaikan tahun ini dalah kedatangan dua jurulatih dari Korea Selatan dan metode latihan berbeza dengan apa yang kami biasa lakukan. Bagi saya ia perkara baru.
"Kami mahu tahu apa yang atlet lain lakukan ketika latihan, itu apa yang jurulatih latih kami. Saya bersyukur dengan kaedah latihan itu yang kami memang perlukan." katanya.
Sukan SEA kali ini merupakan penampilan keempat Alia dengan menyasarkan kilauan emas selepas meraih perak dalam acara 25 m pistol wanita pada Sukan SEA edisi lalu.