Gandingan bidan terjun negara, Pandelela Rinong-Leong Mun Yee, perlu mencipta keajaiban untuk meraih pingat dalam Kejohanan Akuatik Dunia 2019 di Gwangju, Korea Selatan, 12 hingga 20 Julai ini, apabila hanya sempat berlatih bersama-sama di China sejak dua minggu lalu.
Mun Yee dipilih sebagai gandingan baru Pandelela dalam acara 10m platform terjun seirama susulan kecederaan bahu yang menimpa Kimberly Bong yang memaksanya menarik diri.
Tempoh latihan bersama dua minggu tidak cukup untuk membentuk keserasian mantap sungguhpun mereka pernah bergandingan beberapa tahun lalu.
Acara 10m platform terjun seirama wanita kerap menjadi harapan terbaik Malaysia untuk merangkul pingat dalam kejohanan besar, termasuk Sukan Olimpik.
"Untuk memenangi pingat bukannya mudah memandangkan wakil dari China kebiasaannya tampil dengan aksi terbaik, misalnya dalam Kejohanan Siri Dunia, sementara Kanada dan Korea Utara juga berpeluang memenangi pingat emas.
"Bukan mudah untuk melakukannya tetapi dalam masa yang sama, negara lain juga sedang mempamerkan peningkatan," jelas jurulatih negara, Christian Brooker.
Prestasi skuad terjun negara merosot sejak Cheong Jun Hoong selaku gandingan asal Pandelela dibelenggu kecederaan lutut tahun lalu.
Ketika ini, harapan negara untuk memenangi pingat Kejohanan Dunia beralih kepada gandingan Muhammad Syafiq Puteh-Nur Dhabitah Sabri menerusi acara 1m papan anjal terjun seirama campuran.
"Kalau saya dan Dhbaitah boleh tampilkan aksi terbaik sebelum ini, kami sepatutnya mampu meraih kedudukan ketiga, mungkin juga atas faktor bukan rezeki kami lagi.
"Saya harap kali ini dapat meraih kedudukan setidak-tidaknya keenam untuk melayakkan kami dalam Kejohanan Siri Dunia tahun depan," kata Syafiq.