Aksi pemanas badan menentang kelab Scotland, Uddingston, awal pagi esok akan menjadi penentu nasib buat empat pemain skuad hoki wanita negara sebelum ketua jurulatih, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah, memilih 18 pemain terbaik.
Selepas lima perlawanan persahabatan dalam siri jelajah Eropah, aksi terakhir di Scotland sebelum skuad negara berlepas ke Ireland itu akan menentukan nasib Siti Zulaikha Hussin, Nur Zafirah Aziz, Surizan Awang Noh dan Nurhaslinda Said.
Menurut jurulatih itu, dia bakal menggugurkan seorang pemain daripada posisi penyerang dan tengah untuk membentuk skuad utama yang akan dipertaruhkan dalam Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH di Ireland.
"Buat empat pemain ini, perlawanan kali ini amat penting untuk mereka kerana ia merupakan peluang terakhir buat mereka," katanya.
Sementara itu, Dhaarma menjelaskan barisan pemainnya bebas daripada sebarang kecederaan kecuali Surizan yang dibelenggu kecederaan ketika saingan di Itali sebelum ini.
Bagaimanapun, beliau melihat kepada peningkatan skuad kendaliannya selepas lima perlawanan dan bersedia untuk mengharungi saingan di Ireland itu bagi menempah tiket automatik ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Dah nampak peningkatan, jadi apa yang mustahak adalah berapa banyak yang kami sudah tingkatkan untuk menewaskan dua pasukan gergasi di Ireland nanti," tambahnya.