BERBASIKAL
Akmal Nazimi sedia gegar Piala Negara-Negara di Turkiye
Skuad berbasikal trek negara kembali dengan pelumba yang akan melakukan penampilan pertama, Akmal Nazimi Jusena, yang akan melengkapkan senarai enam pelumba negara dalam Kejohanan Berbasikal Trek Piala Negara-Negara di Turkiye.
Bagi Akmal, penampilan pertamanya dalam saingan pecut berpasukan di pentas antarabangsa menjadi detik penting dalam kariernya.
Namun, dia percaya bahawa persefahaman dan kerjasama baik bersama gandingannya, Ridwan Sahrom, semakin menunjukkan perkembangan positif, sekali gus memberi sinar harapan untuk mencipta kejayaan di Turkiye dari 14 hingga 16 Mac ini.
Iklan
"Saya mungkin mahu mencatatkan rekod peribadi (PB) sekali lagi kerana sebelum ini saya sudah berjaya memecahkannya.
"Kali ini, saya berharap dapat memperbaiki catatan itu sekali lagi, mungkin juga mampu memecahkan rekod antarabangsa," kata Akmal dengan penuh semangat.
Sementara itu, Ridwan Sahrom turut meluahkan keyakinannya terhadap prestasi Akmal yang semakin meningkat.
"Saya gembira dengan perkembangan Akmal.
"Dia semakin menunjukkan peningkatan kerana sentiasa bekerja keras untuk pasukan pecut senior.
"Saya tidak meletakkan sasaran yang terlalu tinggi tetapi kami hanya mahu melakukan yang terbaik.
"Jika laluan ke pusingan seterusnya terbuka, kami akan mencuba sebaik mungkin untuk mendapatkan sesuatu," kata Ridwan.
Must-Watch Video