Kapten Kanada, Scott Tupper, memberi amaran pasukannya jauh berbeza dengan skuad Piala Sultan Azlan Shah di mana mereka akan turun selaku pilihan utama final Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH 2019 malam ini.
Kanada bangkit daripada hanya meraih tangga ketiga Kumpulan A untuk mara ke final.
Skuad kendalian Paul Bundy itu menewaskan Itali 3-1 dalam separuh akhir, sekali gus menepati ramalan selaku pasukan di ranking ke-10 dunia.
Mereka akan turun selaku pasukan pilihan berdepan Malaysia yang akan mendapat sokongan padu peminat tempatan.
"Kami akan cuba yang sebaik mungkin untuk menghasilkan jaringan menerusi kualiti yang kami miliki dan melihat apa yang bakal berlaku," kata Tupper.
"Aksi final menjanjikan sesuatu yang berbeza. Kami telah berdepan mereka sebelum ini tetapi Kanada akan mempamerkan persembahan yang lebih baik," kata Bundy.
Kanada lebih banyak bergantung kepada jaringan padang berbanding pukulan sudut penalti.
Dua pemainnya berkongsi gelaran pendahulu penjaring terbanyak, iaitu Oliver Scholfield dan Ian Smyth -- masing-masing meledak tiga gol.