Wales menamatkan Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH di tangga kelima selepas menewaskan China 3-2 dalam perlawanan penentuan kedudukan kelima-enam di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, malam ini.
Bagaimanapun, China memberi kejutan awal menerusi jaringan padang Dong Yang pada minit ketiga sebelum Wales menyamakan kedudukan pada minit ke-14 menerusi Jacob Draper.
Wales, yang menduduki ranking ke-24 dunia, menambah gol kedua menerusi pukulan deras Gareth Furlong hasil pukulan sudut penalti pada minit ke-25 sebelum memperkukuhkan kedudukan dua minit kemudian menerusi jaringan James Carson.
China, bagaimanapun, merapatkan jurang pada minit ke-50 menerusi pukulan sudut penalti yang disempurnakan Su Lixing.
Terdahulu, Brazil berjaya menduduki tangga ketujuh selepas menundukkan Belarus 4-3.
Dalam saingan separuh akhir esok, Itali akan menentang Kanada pada jam 5.50 petang manakala Malaysia bertemu Austria pada jam 8.05 malam.
-- BERNAMA