Pukulan sudut penalti Malaysia mencatat nisbah 42 peratus dalam aksi sulung Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH 2019, malam tadi, dengan pertahanan hoki negara, Muhammad Razie Abd Rahim, menganggap kejayaan itu hasil sentuhan bekas jaguh Belanda, Taeke Taekema.
Malaysia meratah Brazil 6-0 dalam aksi di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, itu yang menyaksikan tiga daripada tujuh pukulan sudut penalti negara berjaya disempurnakan dan ia dikira satu statistik yang tinggi di peringkat antarabangsa.
"Sepatutnya pukulan sudut penalti kami boleh menjaringkan lebih daripada tiga gol tetapi ini mungkin disebabkan perlawanan pertama.
"Saya termasuk Najmi Farizal Jazlan dan Faizal Saari akan cuba buat yang terbaik dalam setiap peluang pukulan sudut penalti.
"Kami akan cuba berikan aksi yang terbaik lagi selepas ini," katanya.
Kejayaan itu juga dipengaruhi kehadiran Taekema yang dipanggil khas untuk membantu Malaysia menggilap ketajaman pukulan sudut penalti.
"Sepanjang seminggu Taekema di sini, dia menambah baik teknik pukulan sudut penalti kami," katanya lagi.