Skip to main content

Hoki

Akhir Siri Hoki FIH: Tranter waspada dengan Razie

leaun-tranter.jpg
Penjaga gol skuad hoki Wales, Leaun Tranter, bimbang dengan ancaman pakar pukulan sudut penalti negara, Razie Abdul Rahim, walaupun pertahanan itu hanya mampu meledak dua gol menjelang perlawanan 'cross-over' Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH di Bukit Jalil, malam ini.

Pukulan sudut penalti mendominasi statistik jaringan Malaysia.

Sebanyak tujuh jaringan terhasil daripada gerakan itu sementara lima gol lagi menerusi jaringan padang.

Beberapa pemain mampu melaksanakan gerakan itu buat Malaysia, namun Tranter lebih bimbang dengan daya tolakan Razie.

"Dalam pukulan sudut penalti, flicker mereka, Razie, sememangnya berkelas dunia.

"Saya fikir ia merupakan ancaman terbesar, namun kami sudah bersedia untuk menghadapi perlawanan itu," katanya

Wales menamatkan cabaran awal di tangga ketiga Kumpulan A sementara Malaysia muncul naib juara Kumpulan B.

Rekod pertemuan memihak Malaysia dengan tiga kemenangan, namun pasukan di ranking ke-24 dunia itu sudah mengesan beberapa kelemahan skuad tuan rumah.

"Pada hari terbaik kami, kami mampu menjalankan segala tugas dengan betul.

"Dengan kemampuan itu, saya berasakan kami mampu menewaskan mana-mana pasukan.

"Kami pernah menewaskan pasukan nombor 10 dunia, Kanada, dan pernah menewaskan Malaysia sebelum ini.

"Jadi, tiada sebab untuk kami tidak mengulanginya," kata kapten Wales, Lewis Prosser.

Advertisement

Must Watch Video