"Kritikan peminat menguatkan kami."
Demikian luahan kapten skuad hoki negara, Sukri Mutalib, selepas menewaskan Wales 2-1 dalam perlawanan 'cross-over' Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH di Bukit Jalil, semalam.
Ramai yang meragui kemampuan skuad kebangsaan untuk layak ke separuh akhir sejak kejohanan bermula.
Malaysia memaparkan aksi goyah dalam peringkat kumpulan sehingga terpaksa mengharungi aksi 'cross-over'.
Namun, Sukri menganggap kritikan yang dilemparkan peminat sebelum ini menguatkan lagi semangat dia dan rakan sepasukannya untuk beraksi lebih baik.
"Ia sesuatu yang boleh dibanggakan kerana kami sebelum ini dibolosi sebanyak empat kali melalui pukulan sudut penalti ketika berdepan China.
"Hari ini, kami dapat mengekang setiap asakan dan menghalang pukulan sudut penalti pihak lawan.
"Saya tahu ramai yang mengkritik kami dan ia lumrah dalam sukan seperti ini.
"Kami pemain-pemain yang boleh dikritik kerana kami akan bangkit selepas itu.
"Saya menyeru kepada penyokong hoki tanah air untuk terus menyokong kami sama ada jika kami menang, seri mahupun kalah.
"Terima kasih juga kepada yang mengkritik kami kerana kritikan anda itu menjadikan kami lebih kuat," katanya.
Mengenai misi wajib menang ke atas Austria dalam aksi separuh akhir esok, Sukri menambah: "Saya menjangkakan perlawanan 50-50 kerana kami tidak pernah bertemu Austria.
"Mereka sama seperti pasukan Eropah yang lain dan menggemari corak permainan fizikal.
"Kami perlu menganalisis permainan mereka."