Pengarah Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH, Richard Akpokavie, memberikan lampu hijau untuk Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, dijadikan sebagai venue kejohanan yang turut bertindak sebagai pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu selepas mengadakan sesi pemeriksaan hari ini.
Perkembangan itu membuktikan persediaan Malaysia sebagai tuan rumah dan berpotensi untuk menjadi penganjur terbaik sepanjang kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Antara yang menjalani pemeriksaan adalah permukaan padang yang baru selasai menjalani proses baik pulih bulan lalu.
Selain itu, tempat duduk penonton dan bilik persalinan pemain turut mendapat kelulusan daripada Akpokavie.
Ikuti perkembangan terperinci dalam Nadi Arena jam 7.30 dan 11 malam ini.