Ketua jurulatih skuad hoki negara, Roelant Oltmans, kesuntukan masa untuk memperbaiki masalah kerapuhan benteng pertahanan ketika perlu berdepan Itali dengan misi wajib menang untuk layak ke separuh akhir Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH di Bukit Jalil, malam ini.
Pertahanan skuad negara banyak melakukan kesilapan ketika terikat 4-4 dengan China, semalam.
Masalah itu mirip dengan kekalahan di tangan Jepun dalam final Sukan Asia Indonesia tahun lalu.
Ia situasi yang membimbangkan menjelang pertemuan dengan Itali, yang memenangi kedua-dua aksi pertama Kumpulan B walaupun hadir dengan reputasi selaku pasukan di ranking tercorot kejohanan.
"Mereka pasti memiliki kualiti. Jika tidak, mereka tidak akan berada di sini.
"Mereka membuktikannya dengan tidak banyak dibolosi dengan struktur pasukan yang amat baik.
"Mereka juga mempunyai jentera serangan yang baik, jadi kami perlu bersedia menghadapi mereka," katanya.
Malaysia belum pernah tewas kepada Itali dalam dua pertemuan sebelum ini.
Dalam pertemuan terakhir, kedua-dua pasukan terikat 4-4 dalam pusingan kelayakan Sukan Olimpik Beijing 2008.
"Kami tidak boleh memandang rendah Itali kerana mereka telah mengejutkan China sebagai antara pasukan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sebelum ini.
"Sebagai satu pasukan, kami perlu bekerja kuat untuk mendapatkan keputusan yang diinginkan," kata penyerang negara, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil.
"Itali pasukan yang baik dan mereka telah mengejutkan China, jadi kami tidak boleh memandang rendah mereka dan perlu menganalisis kelemahan dan kekuatan mereka," tambah kapten skuad negara, Razie Abdul Rahim.