Pertahanan hoki negara, Najmi Farizal Jazlan, mahu diberi lebih banyak peluang untuk mengambil pukulan sudut penalti menentang Austria dalam aksi separuh akhir Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH 2019 malam ini selepas mencipta keberkesanan 100 peratus.
Najmi hanya diberi satu peluang mengambil pukulan sudut penalti ketika menentang Brazil dan berjaya menyempurnakannya.
Selepas itu, banyak gerakan diambil antara Muhammad Razie Abd Rahim dan Faizal Saari hingga menyumbang tujuh daripada keseluruhan 14 gol Malaysia.
Namun, Najmi berharap diberi lebih banyak peluang ketika menentang Austria yang memiliki pelari pertama dan penjaga gol lebih tangkas.
"Sebagai pemain yang bertugas sebagai flicker, kami sentiasa menanti peluang untuk mengambil pukulan sudut penalti," kata Najmi.
Dua pasukan terbaik Akhir Siri Hoki FIH ini akan layak secara automatik ke play-off kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Jadi, Malaysia dijangka mengeluarkan semua strategi ketika mengambil pukulan sudut penalti untuk meraih kemenangan.
"Kami akan menggunakan segala taktikal dan strategi untuk menjaringkan gol dalam perlawanan ini," kata Razie.