MALAYSIA 2 ITALI 4
Malaysia gagal melengkapkan aksi Kumpulan B, Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH dengan nota kemenangan sebaik dikejutkan dengan kekalahan 2-4 di tangan Itali di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Gara-gara kekalahan itu, skuad negara kini terpaksa mengharungi aksi 'cross-over' menentang Wales untuk layak ke separuh akhir.
Berdasarkan ranking dunia, Malaysia, yang berada di ranking ke-13, seharusnya tidak berdepan masalah untuk menewaskan Itali, yang berada 21 anak tangga di bawah Malaysia.
Namun, skuad kendalian Roberto Da Gai itu memberikan amaran awal bahawa mereka bukan lawan semudah disangka sebaik Thomas Keenan menyudahkan pukulan sudut penalti yang menewaskan penjaga gol negara, Hairi Abdul Rahman, pada minit kesembilan.
Malaysia melakar kebangkitan dalam suku kedua apabila Faizal Saari memanfaatkan latihan pukulan sudut penalti di bawah pakar kelahiran Belanda, Taeke Takema, untuk melengkapkan gerakan itu pada minit ke-26.
Jaringan itu bukanlah kelegaan buat The Malaysian Hockey Tigers dengan hanya seminit diperlukan kapten Itali, Agustin Nunez -- yang pernah mengikat Malaysia 4-4 dalam Kejohanan Kelayakan Sukan Olimpik Beijing pada 2008 -- untuk meledak gol padang dalam separuh masa kedua.
Malaysia memberikan reaksi pantas apabila Razie Abdul Rahim kembali mengikat kedudukan menerusi gol kedua yang turut terhasil melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-35.
Bagaimanapun, keterujaan Malaysia untuk menambah jaringan mengundang padah apabila Nunez sekali lagi menemui sasaran dengan menyudahkan pukulan sudut penalti pada minit ke-43 sebelum Francos Sior melengkapkan keputusan perlawanan, dua minit selepas itu.
Dengan keputusan itu, Malaysia akan berdepan Wales dalam aksi 'cross-over', Rabu ini, manakala Itali sah ke separuh akhir sebagai pendahulu Kumpulan B.
KEPUTUSAN KUMPULAN B:
MALAYSIA 2 ITALI 4
BRAZIL 2 CHINA 3
KEPUTUSAN KUMPULAN A:
KANADA 6 BELARUS 2
WALES 0 AUSTRIA 2
JADUAL AKSI CROSS-OVER (RABU):
MALAYSIA LWN WALES
KANADA LWN CHINA