Ketua jurulatih skuad negara, Roelant Oltmans, mempersiapkan anak buahnya dengan latihan penentuan penalti sejak tahun lalu sekali gus sedia menghadapi apa jua kemungkinan berdepan Austria dalam aksi separuh akhir Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH 2019 malam ini.
Oltmans yakin Malaysia mampu menumbangkan Austria dalam tempoh 60 minit.
Namun, pengendali kelahiran Belanda ini sudah bersiap-sedia andai keputusan di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti.
"Kami perlu bersedia dalam sebarang situasi untuk perlawanan ini. Kami mahu memenangi perlawanan dalam tempoh 60 minit tetapi jika perlu menghadapi penentuan pukulan penalti, skuad negara telah berlatih selama setahun bagi memperkemaskan sentuhan mereka," kata Oltmans.
Kali terakhir Malaysia menghadapi penentuan penalti ialah ketika Trofi Juara-Juara Asia 2018 di Oman, Oktober tahun lalu.
Ketika itu, Malaysia tewas 1-3 kepada Pakistan dalam penentuan tempat ketiga/keempat.
Mengulas keyakinan Austria untuk mara ke final berbekal kehadiran lapan pemain yang muncul juara dunia hoki dalam dewan 2018, ini ulasan Oltmans, "Kami telah menilai corak permainan mereka.
"Austria adalah juara dunia hoki dalam dewan tetapi ini adalah saingan yang berbeza. Kami akan memastikan setiap perancangan dapat digunakan dengan sebaik mungkin untuk memenangi perlawanan ini."