MALAYSIA 2 WALES 1
Malaysia melangkah ke separuh akhir Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH selepas menewaskan Wales 2-1 dalam perlawanan 'cross-over' di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Selepas dikecewakan dengan kekalahan memalukan 2-4 di tangan Itali dalam aksi terakhir Kumpulan B, kelmarin, skuad kendalian Roelant Oltmans itu memaparkan aksi berbeza dengan Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil dan Faizal Saari memegang watak wira yang memastikan Malaysia tidak ditimpa aib lebih besar.
Apa yang membezakan dalam perlawanan malam ini adalah kedua-dua jaringan itu terhasil melalui jaringan padang dan bukan lagi menerusi pukulan sudut penalti yang sebelum ini dicanang sebagai senjata utama skuad negara.
Pemain veteran, Tengku Ahmad Tajuddin, membuktikan kehadirannya masih relevan di pentas antarabangsa selepas memanfaatkan kesilapan pertahanan lawan untuk melakukan pukulan kencang yang menewaskan penjaga gol Wales, James Fortnam, pada minit ke-27.
Faizal kemudian menutup kritikan yang dilemparkan kepadanya dengan menambah duka pelawat pada minit ke-40 selepas menyudahkan hantaran jauh pemain pertahanan, Razie Abdul Rahim.
Wales, bagaimanapun, mendatangkan situasi membimbangkan buat The Malaysian Hockey Tigers apabila Luke Hawker merapatkan jurang pada empat minit terakhir perlawanan.
Namun, jaringan itu belum cukup untuk menyekat kemaraan Malaysia, yang akan mencongak perhitungan dengan juara Kumpulan A, Austria, dalam perlawanan separuh akhir, Jumaat ini.
Terdahulu, dalam aksi sebelah petang, Kanada turut melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan China dalam penentuan penalti.
Aksi dalam suku pertama menyaksikan China hanya memerlukan tiga minit untuk membuka jaringan menerusi pakar pukulan sudut penalti, Du Talake.
Kanada menyamakan kedudukan pada minit ke-16 menerusi Oliver Scholfield yang pantas membuat tindakan susulan selepas situasi kelam-kabut di depan gawang China.
China sekali lagi berada di depan pada penghujung suku ketiga menerusi pukulan sudut penalti yang disudahkan Tu Yuan Lim.
Kesilapan mudah pertahanan China menghadiahkan gol penyamaan Kanada pada minit ke-47 hasil jaringan Ian Smythe.
Tiga minit selepas itu, China sekali lagi memimpin aksi selepas Su Lixing menjadikan kedudukan 3-2.
Bagaimanapun, aksi kembali seimbang selepas penyudah kemas Sukhi Panesar kembali mengikat kedudukan kepada 3-3 untuk mengheret perlawanan ke penentuan penalti.
Malang buat China apabila Kanada lebih unggul untuk memastikan kemaraan dengan kemenangan 3-1 dalam penentuan itu.
JADUAL SEPARUH AKHIR (JUMAAT):
KANADA LWN ITALI
MALAYSIA LWN AUSTRIA