MALAYSIA 6 BRAZIL 0
Malaysia memulakan kempen untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan langkah kanan apabila membenam cabaran Brazil 6-0 dalam Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
The Malaysian Hockey Tigers, yang turun selaku pasukan pilihan untuk mengungguli Kumpulan B, beberapa kali menguji gerakan Brazil sebelum membuka tirai jaringan dalam separuh masa kedua.
Norsyafiq Sumantri memulakan larian dari tengah padang untuk menyusup ke dalam kawasan D Brazil lalu bermain 1-2 dengan penyerang negara, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil, sebelum membuat tindakan penyudah pada minit ke-32.
Jaringan itu membangkitkan selera jaringan skuad kendalian Roelant Oltmans itu apabila mencipta satu lagi gol, enam minit berselang dan kali ini melalui pukulan sudut penalti Muhammad Najmi Farizal Jazlan.
Malaysia semakin garang apabila empat gol lagi menyusul dalam suku terakhir.
Fitri Ashaari meletakkan Malaysia di kedudukan lebih selesa 3-0 sebelum tiga gol pantas tercetus melalui sentuhan Meor Muhamad Azuan Hasan, Azrai Aizad Abu Kamal dan Muhammad Razie Abd Rahim pada minit ke-53, 54 dan 56.
"Adalah penting untuk memulakan kempen dengan permulaan yang baik.
"Dalam aksi separuh masa, pemain Brazil sukar mengimbangi kepantasan pemain Malaysia dan sebaik kami mendapatkan jaringan pertama, perlawanan ini berubah menjadi seperti yang kita mahu saksikan dalam sebuah perlawanan hoki.
"Daripada segi bertahan, saya tidaklah berpuas hati sehingga 100 peratus atas kesilapan kecil yang dilakukan.
"Namun, secara keseluruhan dengan enam jaringan terhasil dalam separuh masa kedua melalui gol padang mahupun pukulan sudut penalti sambil tidak melepaskan gol, apa lagi yang kami mahukan," kata Oltmans.
Rakan sejawatannya di kem Brazil, Claudio Rocha, menyimpulkan kekalahan pasukannya dengan berkata: "Kami bertahan dengan baik dan beraksi seperti yang kami harapkan dalam separuh masa pertama tetapi dalam babak kedua, pemain mula keletihan.
"Bagaimanapun, kami melakukan kesilapan mudah dan di peringkat ini, ia harus dibayar dengan harga yang mahal.
"Selepas dibolosi beberapa kali, kami mula kehilangan rentak."
Dalam satu lagi aksi Kumpulan B, Itali terlebih dahulu menumbangkan China 2-1 untuk menduduki tangga kedua manakala Brazil di tangga tercorot.
Keputusan Kumpulan A:
AUSTRIA 5 BELARUS 0
KANADA 1 WALES 3