Skip to main content

Hoki

Akhir Siri Hoki FIH: Kekalahan kepada Itali amat memalukan -- Marhan

marhan-jalil.jpg
Kapten skuad hoki negara, Marhan Abdul Jalil, menganggap kekalahan 2-4 kepada Itali dalam aksi terakhir Kumpulan B, Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH di Bukit Jalil, semalam, sebagai saat paling memalukan dalam kariernya sejak menyarung jersi skuad kebangsaan, 10 tahun lalu.

Ia merupakan kali pertama Malaysia tewas kepada Itali sejak pertemuan pertama pada 1978.

"Secara jujurnya, kami amat terkesan dengan kekalahan ini.

"Apakan daya, kami telah mencuba yang terbaik, cuma permainan kami malam ini tidak dapat memberikan kemenangan buat Malaysia.

"Ia amat mengecewakan kerana ranking kami lebih tinggi berbanding Itali.

"Kami tidak dapat menewaskan pasukan dan pemain yang berada di ranking lebih rendah.

"Ia mengejutkan semua pemain dan kami perlu mengkaji semula untuk mencari sebab kekalahan itu.

"Kami akan mencuba yang terbaik untuk layak ke Sukan Olimpik (Tokyo 2020)," katanya.

Advertisement

Must Watch Video