Kedudukan penjaga gol skuad hoki negara, Hafizuddin Othman, kian goyah selepas melepaskan beberapa gol mudah ketika benteng terakhir Itali, Francesco Padovani, dijulang sebagai wira pasukan itu.
Penampilan sulung Hafizuddin bersama skuad negara tahun ini amat mengecewakan.
Dia dimasukkan bagi menggantikan Hairi Abdul Rahman, namun beberapa kali melakukan kesilapan mudah yang membantu Itali muncul juara Kumpulan B, sekali gus layak secara automatik ke separuh akhir.
"Ia kurang memuaskan kerana saya melepaskan satu gol yang mudah.
"Saya cuba untuk bermain dengan corak permainan saya hari ini, namun kami tiada rezeki," katanya.
Padovani pula bertindak cemerlang dengan menafikan deretan percubaan pemain negara sehingga dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
Apa yang lebih penting, kemenangan itu membuka mata peminat pasukan di ranking ke-32 dunia itu yang sebelum ini lebih memberikan fokus terhadap skuad bola sepak kebangsaan mereka.
"Ia mungkin perlawanan paling sukar dalam kumpulan ini.
"Namun, kami sudah bersedia kerana kami pasukan yang kuat dan bersedia untuk berjuang.
"Kami mahu menamatkan kejohanan ini dengan sebaik mungkin dan ia berlangsung amat baik setakat ini," katanya.