Jurulatih Wales, Zak Jones, lebih selesa dengan gelaran pasukan "underdog" sempena pertemuan dengan Malaysia dalam aksi suku akhir Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH 2019, malam ini, selepas apa yang berlaku sepanjang peringkat kumpulan.
Rekod pertemuan atau ranking dunia bukan ukuran sepanjang kempen di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil. Pasukan ranking tercorot seperti Itali berjaya menjuarai Kumpulan B selain Austria yang turut mara ke separuh akhir.
Berdasarkan faktor itu, Wales akan turun sebagai 'underdog' dan Jones lebih menggemari gelaran tersebut.
"Ia satu keputusan yang kejam dan kami sedar tentangnya apabila ke mari.
"Mana-mana pasukan di kedudukan 10 hingga 30 terbaik dunia mampu mengalahkan antara satu sama lain.
"Ia perlawanan sengit buat setiap pasukan dengan jurang gol yang tipis," katanya.
Malaysia sempat menewaskan Wales 2-0 dalam aksi pemanas badan sebelum ini.
Malah, rekod pertemuan juga berpihak tuan rumah dengan kemenangan bersih dalam dua pertemuan.