Skip to main content

Hoki

Akhir Siri Hoki FIH: Itali mahu ulangi kejayaan 2008

hoki-itali.jpg
Kapten skuad hoki Itali, Agustin Nunez, antara dua individu yang masih kekal dalam pasukan kebangsaan negara itu sejak memusnahkan impian Malaysia untuk layak ke Sukan Olimpik Beijing pada 2008.

Pasukan di ranking ke-32 dunia itu berpeluang untuk menambah kekecewaan skuad hoki negara menjelang pertemuan Kumpulan B, Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH di Bukit Jalil, malam ini.

11 tahun lalu, Itali mengikat Malaysia 4-4 dalam Kejohanan Kelayakan Sukan Olimpik di Kakamigahara, Jepun.

Individu yang masih kekal dalam pasukan itu ialah Nunez dan jurulatih, Roberto Da Gai.

Mereka masih mengingati cara untuk menumbangkan Malaysia dalam pertemuan yang menyaksikan Itali hanya perlu seri untuk menjuarai Kumpulan B.

"Kami mendahului 4-3 dan menjelang siren penamat, mereka menjadikan kedudukan 4-4.

"Kami akan menghadapi situasi itu sekali lagi, namun kami sudah bersedia untuk menghadapinya," katanya.

"Kami masih di tangga ke-32 dunia manakala Malaysia pula di tangga ke-13.

"Kami perlu menghormati Malaysia dan tidak boleh bermain terlalu agresif untuk menyaingi kekuatan Malaysia," tambah Da Gai

Itali mengesahkan kemenangan kedua selepas menewaskan Brazil 3-0 semalam dengan penyerang, Julian Montone, meledak dua gol.

Pemain itu tersenarai sebagai antara pendahulu penjaring terbanyak selepas menghasilkan tiga gol.

"Selepas kami menewaskan China, kami sedar kami mampu untuk melakukannya.

"Kami tahu stadium ini akan dipenuhi dengan penonton, namun kami yakin dapat melakukannya dan akan memenangi perlawanan," katanya.

Advertisement

Must Watch Video