Skip to main content

Hoki

Akhir Siri Hoki FIH: Gelaran juara penting buat skuad negara

meor.jpg

Gelaran juara Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH 2019 penting buat skuad negara kerana tidak pernah menjulang sebarang kejuaraan di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil selain pingat emas Sukan SEA.

Malaysia tidak pernah menjuarai sebarang kejohanan bertaraf tinggi sejak Stadium Hoki Nasional siap dibina pada 1998.

Hanya pingat emas Sukan SEA 2001 dan 2017 merupakan kejayaan yang berjaya diraih oleh skuad negara.

Lantas, gelaran juara edisi kali ini penting kerana bukan sahaja skuad negara akan mencapai sasaran, malah memberi kepuasan tidak terhingga menakluki gelanggang keramat sendiri.

"Kami mahu membuktikan kebolehan kami untuk muncul juara di tempat sendiri," kata pemain tengah negara, Meor Azuan Hassan.

"Kami tidak boleh membenarkan negara lain untuk muncul juara dan kami akan berusaha untuk mengatasi Kanada dalam final," kata penyerang, Faizal Saari. 

Advertisement

Must Watch Video