Faizal dan Fitri Saari, yang terlepas dua penalti strok ketika Malaysia tewas 2-3 di tangan Kanada dalam aksi final Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH 2019 semalam, menganggap tuah tidak menyebelahi tuan rumah.
Malaysia jarang terlepas kedua-dua penalti strok dalam satu perlawanan, dengan Fitri terlepas peluangnya dalam suku kedua sebelum Faizal melakukan kesilapan sama dalam suku keempat.
Realitinya, Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) sudah melantik jurulatih pakar pukulan sudut penalti, Taeke Taekema dari Belanda, namun hasilnya tidak mengagumkan.
"Terima kasih kepada penyokong yang hadir ke stadium. Kami masih memiliki peluang untuk melangkah ke Sukan Olimpik," kata Faizal.
"Kami kurang bernasib baik, banyak peluang telah dihasilkan tetapi gagal meraih kemenangan. Kami akan terus melihat ke hadapan dalam kejohanan akan datang," kata Fitri pula.
Pemain negara akan diberi rehat beberapa hari sebelum memulakan sesi latihan dalam minggu pertama bulan Ramadan.
Malaysia akan mengadakan sembilan aksi persahabatan menentang gergasi Eropah seperti Belgium, Belanda dan Jerman pada Julai sebagai persiapan menghadapi play-off kelayakan Sukan Olimpik, November depan.