Skip to main content

Hoki

Akhir Siri Hoki FIH: China terdesak buru kemenangan

hoki-china-itali.jpg
China membatalkan kesemua sesi latihan sebelum menentang Malaysia menjelang pertemuan kedua Kumpulan B, Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH 2019, secara tidak langsung mengundang persoalan adakah anak buah  Kim Sang-ryul itu mampu bangkit selepas tewas mengejut dalam aksi pembukaan, Jumaat lalu. 

Sang-ryul terkenal dengan sikap tegas dan mementingkan disiplin tinggi.

Beliau masih kecewa dengan kekalahan kepada Itali dalam aksi di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, sekali gus meningkatkan cabarannya untuk menaikkan semula semangat pasukan di ranking ke-14 dunia itu untuk menentang tuan rumah, Malaysia, malam ini. 

Malah, sang Sang-ryul mengakui Malaysia lawan yang lebih sukar berbanding Itali.

"Kami masih perlu cuba mencari kemenangan walaupun sedar akan berdepan Malaysia," katanya. 

Pukulan sudut penalti China juga tumpul dengan hanya menghasilkan satu gol daripada lima percubaan.

Tu Yuan Lin diberi lebih banyak peluang berbanding pakar utama, Du Talake, yang lebih senior.

“Kami beraksi di bawah keupayaan sebenar. 

"Banyak gerakan kami tidak menjadi. Kami akan bangkit dalam perlawanan lebih penting menentang Malaysia," kata pertahanan China tersebut. 

Rekod pertemuan: 

2017 - MAS 7-1 CHN
2017 - MAS 5-1 CHN
2016 - MAS 5-1 CHN
2015 - MAS 3-2 CHN
2012 - MAS 1-2 CHN
 

Advertisement

Must Watch Video